Keselamatan kesihatan dan persekitaran Tatacara pengendalian piawai

Tatacara digunakan secara meluas untuk membantu pekerja bekerja dengan selamat. Ini dinamakan penyataan kaedah kerja selamat. Ia didahului pelbagai kaedah penganalisisan tugas atau kerja yang perlu dilakukan dalam sebuah tempat kerja, termasuklah sebuah pendekatan dipanggil analisis keselamatan bekerja, di mana bahaya dikenal pasti dan kaedah pengawalannya dinyatakan. Tatacara mesti mengikut kesesuaian taraf kebolehfahaman pengguna, dan oleh itu, keterbacaan tatacara adalah penting.[4]